
Lotus Cars Malaysia (LCM) telah menerima lebih dari 500 tempahan untuk SUV elektrik penuh (EV) Lotus Eletre untuk pasaran tempatan selepas ia dilancarkan di sini abril lalu. Tempahan berkenaan dilihat sangat memberangsangkan kerana Eletre bukan SUV conventionalsebaliknya ia adalah ‘hyper SUV’ yang dijual pada harga bermula RM578k hingga RM798k.
Malaysia bakal menerima 200 stok awalan Eletre untuk tahun 2023 (140 daripadanya sudahpun ditempah ketika hari pelancaran) yang akan diserahkan kepada pelanggan bermula suku ketiga tahun ini. Jadi mereka yang menempah unit yang ke 201 dan seterusnya mungkin perlu menunggu lebih lama bagi mendapatkan kereta masing-masing.
Eletre diasaskan dari platform Electric Premium Architecture (EPA) yang hasilkan oleh Lotus berdasarkan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) Geely, dengan seni bina elektik 800 volts. Bagi pasaran Malaysia, ia ditawarkan dalam tiga varian bermula dengan model asas Eletre berharga RM578,000, diikuti Eletre S berharga RM648,000, dan Eletre R berharga RM798,000.
Kesemua varian Eletre ini datang dengan dua motor elektrik masing-masing diletakkan pada gandar hadapan dan belakang bagi menawarkan pacuan semua roda, serta bateri berkapasiti 112 kWh. Model Eletre dan Eletre S menghasilkan kuasa maksima 605 hp dan tork 710 Nm, membolehkan ia dipecut dari 0-100 km/j dalam 4.5 saat dan pecutan antara 80-120 km/j dalam 2.2 saat.
Kedua-dua varian ini juga mampu mencapai kelajuan maksima sehingga 258 km/j, manakala jarak gerak untuk satu cas penuh pula adalah 600 km mengikut kitaran WLTP.
Manakala varian paling tinggi Eletre R pula dibekalkan kuasa maksima 905 hp dan tork 985 Nm. Menuut Lotus, Eletre R merupakan SUV EV dengan dua motor paling pantas di dunia dengan pecutan 0-100 km/j dalam 2.92 saat, 80-120 km/j di bawah 1.9 saat serta kelajuan maksima 265 km/j. Jarak gerak satu cas penuh untuk Eletre Rini pula adalah 490 km.
Lotus Eletre ini juga menyokong pengecas pantas DC 350 kW, membolehkan bateri dipenuhkan dari 10-80% dalam mass 20 minit. Ia juga menyokong pengecas AC dengan kadar 22 kW.
Lima mod pemanduan diberikan dry standard iaitu Range, Tour, Sport, Off-Road dan Individual. Manakala Eletre R pula diberikan mod tambahan Track, iaitu mod yang memberikan tetapan yang lebih fokus untuk pemanduan prestasi, dengan larasan dibuat pada beberapa fungsi termasuk stereng roda-belakang aktif, penyerap hentak adaptif dan kawalan anti-olengan aktif serta prestasi casis yang lebih baik .
Dengan mod Track ini juga pemandu diberikan fungsi Launch control untuk berlepas seperti roket serta membuka sepenuhnya gril hadapan aktif bagi menyempurnakan fungsi berkenaan.
Dalam kabin, kesemua varian Eletre menerima konfigurasi lima-tempat duduk, dengan ruang kargo berkapasiti 688 liters. Jika tempat duduk baris kedua dilipat, Eletre mempunyai ruang simpanan sebesar 1,532 liters. Pembeli turut ditawarkan dengan Pek Executive Seat yang menampilkan tempat duduk belakang yang hanya boleh memuatkan dua individu bersama perehat tangan di tengah, menggantikan tempat duduk jenis bench biasa.
Pelbagai opsyen lain turut ditawarkan pada Eletre termasuk Lotus Dynamic Handling Pack, Ceramic Brake Pack, Executive Seat Pack, Comfort Seat Pack, Carbon Fiber Pack, Extended Carbon Fiber Pack and Interior Carbon Fiber Pack, serta Parking Pack and Highway Assist Pack untuk sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS).
Pembeli boleh memilih Eletre dalam enam warna badan berbeza iaitu Natron Red, Galloway Green, Stellar Black, Kaimu Grey, Blossom Gray give sun yellow. Untuk setiap pembelian Lotus Eletra ini, ia akan disertakan dengan waranti pengeluar selama lima-tahun atau 150,000 km serta waranti bateri selama lapan-tahun atau 200,000 km.
Nak jual kereta anda? jual dangan MyTukar.
