Harga minyak 19-25 January – Masih dikekalkan – paultan.org


Bagi minggu bertarikh 19 hingga 25 Jan 2023, Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa
harga runcit bagi ketiga-tiga bahan api iaitu gasoline RON 97 dan RON 95 serta diesel masih dikekalkan. Ini merupakan minggu keempat berturut-turut kesemua harga bahan api tersebut dikekalkan.

Di mana gasoline RON 97 dikekalkan pada harga runcit RM3.35 selitresselepas ia mengalami penurunan harga selama tiga minggu berturut-turut sepanjang December 2022.

Bagi gasoline RON 95 yang telah mencapai harga siling pula, ia m, c masih dikekalkan pada paras RM2.05 seliter. Begitu juga dengan diesel Euro B10/B20, harganya turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliterdan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 selitres.

MoF turut berkata, kerajaan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.



Add Comment