
Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China telah menyiarkan gambar crossover terbaharu dari Geely yang bakal diperkenalkan tahun ini dan dilaporkan akan digelar sebagai Binyue L.
walaupun menggunakan nama binyue iaitu asas kepada Proton X50model baharu ini akan dijual bersama Binyue yang telah pun menerima kemaskini baharu tahun lalu (kini dikenali sebagai Binyue Cool) dan menampilkan saiz yang lebih kiss.
Menurut MIIT, Binyue L dihasilkan dengan dimensi 4510 mm panjang, 1865 mm lebar, 1650 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2701 mm. Sebagai perbandingan, dimensi untuk Binyue Cool adalah 4380 mm panjang, 1800 mm lebar, 1609 mm tinggi dan jarak roda sejauh 2600 mm.
Menurut laporan-laporan dari stocking China, model yang dikenali dengan kod dalaman G426 ini dijangka akan menawarkan perincian yang lebih premium dari Binyue Cool.


Rupa antara Binyue Cool dan Binyue L ini juga jauh berbeza tanpa satu persamaan sekalipun. Untuk Binyue L, ia lebih menyerupai boy l yang didedahkan tahun lalu, dengan rekaan muka menampilkan lampu yang seakan sebahagian dari gril hadapan yang besar, bersama elemen gril berbentuk-V.
Bentuk sisi badan Binyue L ini juga tidak sama dengan Binyue Cool di mana ia menampilkan garis sisi yang bermula dari pintu depan dan terus menaik sehingga ke tingkap sisi belakang. Tiang-A sehingga tiang-D digelapkan sepenuhnya bagi memberikan kesan seakan bumbung terapung.
Binyue L ini akan menerima enjin 1.5 liter turbo empat silinder yang menghasilkan 181 PS (178 hp ata 133 kW) give tork maksima 290 Nm. Ia mungkin digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan dan hanya memacu roda hadapan.
