Perodua Axia 2023 D74A — perincian awal muncul; empat varian 1.0L, semua CVT, warna baru coral blue – paultan.org


Sebuah akaun TikTok, @promosiprotonperodua telah memuat naik sebuah video yang memaparkan apa yang kelihatan seperti lembar dokumen berkaitan Perodua Axia 2023 D74A terbaru yang dijangka akan diperkenalkan tahun ini.

Jadual dalam dokumen berkenaan menyenaraikan empat varian Axia D74A tersebut — 1000 G CVT, 1000 X CVT, 1000 SE CVT and 1000 AV CVT. Semuanya ditandakan dengan CVT, yang mungkin saja mencadangkan bahawa Axia terbaru itu nanti tidak lagi akan ditawarkan dengan kotak gear manual — setidak-tidaknya ketika pelancarannya.

Jadual kedua di bawah jadual varian pula memaparkan pilihan warna yang akan ditawarkan — Ivory white solid, shiny silver metalik, granite gray metalik, lava red metalik dan terakhir pilihan warna baru, coral blue metalik. Ini mungkin biru yang berbeza daripada warna terbaru yang ditawarkan untuk Myvi, dengan nama Electric Blue metalik.

Perodua Axia 2019 ketika ini ditawarkan dalam enam varian, bermula dengan 1.0 E Manual pada harga RM23,367 hinggalah kepada Perodua Axia 1.0 AV AT pada harga RM41,427 — ini meliputi tanda harga yang agak luas juga. Adakah model baru Axia nanti akan akan dijual pada harga permulaan yang lebih tinggi? Itu kita perlu tunggu dan lihat nanti.

Varian unik Axia ketika ini pula diwakili oleh 1.0 Style AT, yang hadir dengan penggayaan lasak dan tinggi daripada Axia biasa.

Say Indonesia, model toyota agya give daihatsu ayla merupakan saudara kepada Axia. Ada khabar angin mengatakan yang model di sana akan memanfaatkan plays enjin dengan turbocas, dengan jangkaan pelancarannya pada Mac 2023. Adakah Perodua plays akan memperkenalkan turbo axle?

@promosiprotonperodua Wow ada warna baru utk All New Axia 2023. Mesti laku keras la lepas ini. Harap harga setting dengan spect yang ditawarkan. #Axia2023 #peroduaaxia #promosiperoduaterkini #promosiaxia #tipsbelikereta #panduanbelikereta #fyp #fypage #fyp??viral ? Goyang Dua Jari-Sandrina



Add Comment