Alpine Style Havana – Perodua Ativa dengan gaya SUV retro Amerika era 80’an, vermula RM134k di Jepun – paultan.org


Sekali tengok, memang ini sah sebuah SUV jenama dari Amerika Syarikat dari was 80’an. Tapi bila tengok sekali lagi terutama pada bahagian tiang-A, tiang-C, bumbung dan pintu, eh, ini macam Perodua Ativa!

SUV yang anda lihat ini adalah Alpine Style Havana, dihasilkan oleh Alpine Style dari Jepun dan dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2023 hari ini. Ia sebenarnya diasaskan dari toyota raize/rocky daihatsu/active period/subaru rex dan diberikan perician retro wing-SUV.

Ia diberikan nama Havana kerana mengambil inspirasi dari kereta-kereta lama buatan Amerika Syarikat yang masih banyak di ibu nagara Cuba berkenaan. Kit yang dihasilkan oleh Alpine Style ini termasuk lampu hadapan, belakang dan gril petak, bampar hadapan dan belakang baharu serta banyak kemasan-kemasan yang direka semula dan disalut dengan krom.

Ia juga diberikan panel dengan kemasan seakan kayu merentangi pintu gate belakang bersama lencana Alpine Style dan Havana. Bagi melengkapkan rupanya, Havana disembur dengan warna dua-tona serta diberikan rim besi dengan penutup hub retro salutan krom bersama tayar A/T Toyo Open Country dengan tulisan putih.

Pada bahagian kabin, SUV ini diberikan sistem infotainmen dengan skrin sesentuh sembilan-inci bersama grafik khas dan emblem baru pada roda stereng. Pembeli juga ditawarkan dengan siri opsyen seperti monitor belakang bersaiz 10.1-inci, cermin pandang belakang digital dengan skrin 12.3-inci, upholsteri tempat duduk baru, karpet kaki dan sistem bunyi lebih baik.

Alpine Style Havana ini dijual pada harga bermula 3.98 juta yen (RM133,654), termasuk harga kereta asasnya iaitu Toyota Raize yang pada asalnya dijual pada harga 2,338 juta yen (RM78,501) di bilik pameran untuk varian paling tinggi. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna badan dua-tona dan lapan pilihan warna tona tunggal.



Add Comment