Mitsubishi Mirage akhirnya ‘mati’ di Jepun – paultan.org


Hayat untuk hatchback kompak Mitsubishi iaitu Mirage akhirnya sudah tamat di Jepun. Mitsubishi tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara ini, namun bahagian Mirage pada laman web rasmi Mitsubishi Jepun telah pun memaparkan mesej “disebabkan produksi Mirage telah dihentikan, kami tidak dapat memberikan pilihan warna badan, opsyen dan lain-lain kepada pelanggan”.

Tidak dicetahui mengapa jualan Mirage dihentikan di Jepun. Namun sekiranya mengambil faktor logik, model berkenaan sudahpun terlalu tua di dalam pasaran selepas diperkenalkan pada 2011. Ia diberikan facelift pertama pada 2015, kemudian menerima wajah baharu untuk facelift kali kedua pada 2019.

malah jualan Mirage telah dihentikan di Australia pada september tahun lalu kerana rekaan lama struktur keselamatan pada badannya akan menghadapi kesukaran untuk memenuhi piawaian yang ditentukan oleh undang-undang keselamatan baharu di negara berkenaan berkuatkuasa 1 November 2021.

Buat masa sekarang, Mirage masih dijual di beberapa pasaran global termasuk Amerika Syarikat give thailand. April lalu Mitsubishi telahpun menyiarkan puzzle untuk Mirage generasi baharu di Eropah (dikenali sebagai Colt di sana), model yang merupakan change the badge Dari Renault Clio.

Walau bagaimanapun model berkenaan dihasilkan hanya untuk pasaran Eropah dan tidak akan di bawa ke pasaran lain, sama seperti Mitsubishi ASX Generasi Baharu yang didedahkan pada september lalu yang merupakan model change the badge Dari Renault Capture. ASX generasi seterusnya untuk pasaran lain termasuk Asia Tenggara dijangka akan dihasilkan sendiri oleh Mitsubishi berdasarkan model XFC concept yang didedahkan di Vietnam Oktober lalu.

Name Colt Mirage diperkenalkan buat pertama kali oleh Mitsubishi pada 1978, yang merupakan versi hatchback untuk kembar sedannya iaitu Lancer. Konsep kembar hatchback/coupe kepada Lancer terus dikekalkan sehingga model generasi kelima, dan ia pernah dijelmakan sebagai Proton pada model generasi keempat menerusi pengenalan proton satria give putra.

Namun untuk model generasi ke-enam, Colt/Mirage telah dipisahkan dari Lancer kerana sedan berkenaan harus kekal sebagai model segmen-C yang besar, sementara hatchback kompak tersebut pula perlu memenuhi pasaran lebih kecil iaitu segmen-B dan segmen-A.



Add Comment